Antara Kebaikan yang banyak dan kemudaratan yang besar??

Tajuk n3 aku hari ni sangat2 mengelirukan...Ya Allah sesungguhnya hambamu sangat mendambakan kasihmu...

Dalam hidup ini kita selalu berhadapan dengan pelbagai konflik dan masalah dalam membuat pilihan...Sebagai hamba Allah yang selalu lakukan kesalahan ini aku juga tak pernah lari dari masalah ini. Apabila kita terpaksa melakukan pilihan? Apabila kita ada pilihan yang lebih baik dari pilihan yang kita ada...apabila kita terpaksa memilih yang lebih baik sedangkan kita mahukan sesuatu yang cukup sekadar baik..pergh!!!! ayat aku mmg membuktikan aku layak dapat b4 bahasa malaysia...hehe..

Aku serabut betul dengan hidup aku ni, kadang2 kena duduk diam sat cuba motivate diri baru aku ok...kalau tak,mmg lah hidup mcm orang tak da hala tuju. Manusia ni kadang2 bila ada masalah jer baru nak dekat dengan tuhan..bukan maksud aku manusia lain, tapi diriku ini sendiri..huhu~..Mungkin sebab itu dugaan tak pernah putus supaya aku sentiasa igt pada Nya...

Berbalik kepada tajuk aku hari ni, bukan ada apa yang aku nak kupaskan cuma....antara pilihan yang kita ada...mana yang lebih baik kita buat??
  1. melakukan perkara baik tapi mendatangkan mudarat besar pada kita?atau
  2. menjauhi kemudaratan dan tidak berpeluang melakukan perkara baik?
bagi aku skop ini sgt subjektif dan bergantung pada situasi individu tersebut...ringkaskan cerita , sebagai contoh, andaikata sepasang kekasih hendak ke sebuah majlis ilmu di kawasan yang jauh dari lokasi asal mereka tetapi mereka ke majlis ilmu tersebut berdua sahaja..kesimpulannya:-
  1. MAJLIS ILMU - perkara baik
  2. BERDUA BUKAN MAHRAM - mudarat besar
Pendapat peribadi aku,kalau kebaikan yang dilakukan itu memudaratkan dia, dijauhkan lebih baik aku rasa...melainkan jika kemudaratan yang dia hadapi itu adalah pilihan yang terakhir terpaksa dia buat...So untuk persoalan yang aku timbulkan ni,pilihan aku adalah yang kedua...iaitu menjauhi kemudaratan dan tidak berpeluang melakukan perkara baik....

Hehe tapi......... di saat2 aku sedang keliru dengan persoalan ni, muncul satu jawapan yang tak ada pun dalam pilihan aku iaitu ;-Melakukan perkara yg tidak mendatangkan kemudharatan tapi yg baik.
SIMPLE, sebab Live is all about making choices. Not forcing to choose...so..segalanya telah pun terjawab..semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dijauhi perkara yang memudaratkan..kerana dugaan itu akan datang pada yang mampu menghadapinya sahaja..=)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dhuha