SAHABAT @ KEKASIH?? MANA LAGI PENTING??


Assalamualaikum….hai sang pembaca…aku tahu memang tak kan ada orang baca blog aku ni,melainkan ko beb…yer ko laa beb…kerchak oi…hehe..sebab aku tak pernah bagitau orang yang aku ada blog melainkan ko,unless ada org yang terbertuah membuka blog aku yang tidak lah banyak perkongsian ilmiah,melainkan…kisah hidup aku yang ko nak sangat tahu kerchak..

Al kisah…aku nak cerita tentang pengalaman aku sebagai seorang kaum hawa atas bumi ni. Kalau aku nak cerita dari zaman sekolah,mesti dah jadi cerita episode macam jejari runcing lah pulak nanti..So untuk hari ini cukuplah sekadar aku berkongsi satu cerita tentang aku dan seorang yang istimewa dalam hidup aku….

9 september 2011

Al kisahnya…tentang aku dan dia…telah ditakdirkan aku menjadi tunangan kepada seorang lelaki yang dahulunya musuh ketat aku… dan satu perkara yang merumitkan untuk diklasifikasikan bagaimana sebenarnya pengkelasan hubungan kami…sebab dia cuma baru merisik aku,tapi ikut ceramah ustaz azhar yang aku dengar tahun lepas…aku dan dikira sebagai tunangan orang..So senang citer aku panggil jerla insan ni as tunang aku…

Bila diimbas kembali, perkenalan kami dah dekat 4 tahun,Cuma hubungan sebagai pasangan tunangan tu baru dalam 7 bulan macam tu..orang cakap dalam tempoh bertunang ni dugaan dia…perghhhhhhhhhh banyak dan berat…

1. Tentang pengawalan nafsu..

2. Dugaan orang ketiga

3. Masalah kewangan dan kerjaya..

Topik yang aku nak sentuh hari ni adalah yang kedua..

DUGAAN ORANG KETIGA DALAM PERHUBUNGAN

Bila aku cakap jer topic ni, dalam kepala semua orang mesti tentang perempuan miang yang menggatal dengan tunang orang, tak pun tunang orang yang tak sedar diri yang dia dah ada orang yang menunggu…Oh no no no…hahaha..bukan tentang 2 ciri2 individu diatas, sebab tunang aku bukan mahluk miang yang suka mengorat. Manakala perempuan yang dimaksudkan juga bukan perempuan miang…Cuma ia adalah satu kisah silam tentang tunang aku suatu masa dahulu..

Dan tanpa niat untuk mendramatiskan cerita, tunang aku sebenarnya masih berharap pada exgf dia…Sedih jugak jadi aku,tapi tak apa..aku kat sini bukan nak suruh sang pembaca yang setia sedih ok =) Aku cuma nak share satu perasaan yang tak semua perempuan sanggup lakukan…untuk seorang lelaki yang mereka sayang…

KANTOI

Apabila aku sentuh jer topic kantoi ni dengan mana2 perempuan,reaksi pertama mesti menangis,then marah macam nak mati…hehe…normal2..aku pun macam tu dulu…hehe…tapi if dah banyak kali kantoi..air mata yang keluar pun dan tak bermakna. Seolah - olah semua perkara sudah dapat diduga.

Aku selalu terfikir,bagaimanakah sebenarnya perasaan seorang isteri ketika dimadukan???yang pastinya sebagai seorang yang waras dan normal, cemburu yang meruap itu pasti ada kerana perkahwinan yang terbina mustahil tiada nilai cinta? Dan jika sudah tiada,mengapa harus dimadukan? Lepaskan saja lebih bahagia..kan??Aku salut pada wanita yang tabah dalam hadapi dugaan macam ni dalam hidup mereka. Aku? Pendapat aku cuma satu,selagi ia belum terjadi, aku harap ia tidak berlaku dan jika ia terjadi aku anggap ia kebahagian dan dugaan untuk diri aku..lagipun tuhan hanya akan uji hambanya yang mamou sahaja…satu sebab kenapa aku tak nak bermadu adalah aku takut aku tak mampu taat pada si suami sebab aku ni perempuan yang boleh meletup pada hal yang aku lama pendam. So untuk isu ni, yes mesti aku takkan melenting pada kali pertama aku dapat tahu,tapi rasa sedih tu mampu merubah ke rasa iri yang melampau.

Bak kata tunang aku, bahagianya laki dapat isteri yang taat macam perempuan yang sanggup pinang perempuan lain untuk suami nya. Dalam hati aku “jangan la awak harap itu dari saya even awak tahu saya akan cuba lakukan terbaik asal awak bahagia”..Haha funny jugak bila minah yang dulunya tomboy macam aku, berjiwang karat dengan bekas musuh ketatku (tunang aku laa tu)

2ND LATEST KANTOI

Apa punya tajuk topic aku ni? Ni maknanya insiden kantoi yang kedua terakhir berlaku..erm..adakah aku semakin merumitkan keadaan??maksud aku baru2 ni ada kantoi benda baru,tapi before tu ada kantoi jugak,so inilah kisahnya…

Sebagai seorang yang bermurah hati dan sayang pada aku ( katanya) dia telah bagi aku pinjam semmat fon baru dia yang boleh bukak facebook. Sebagai seorang wanita yang penuh sifat tanda tanya aku telah terbukak msg2 dia…hehe…

Surprise!!! Terkejut beruk aku , umpama beruk.. Salah aku juga yang tak pandai jaga privasi orang lain, tapi kesalahan aku, tidak lah sedasat apa yang aku baca..hehe~.

Tunang kesayangan aku ni,dah kantoi again dengan aku. Dia rupenya sedang berusaha keras untuk menjejaki exgf dia..hehehe~ mula2 baca aku gelak,sbb dia kantoi lagi dengan bakal bini dia ni,tp lama2 aku nangis..tak prasan plak, siapalah yang tak sedih bila kita baca text orang yang kita sayang merayu pada insan lain untuk kembali padanya…pergh!!!..hehe… reaksi aku adalah :-

1. Aku sedih kenapa la dia nak malukan diri dia merayu pada perempuan tu (even aku tahu pempuan tu baik gila pun)

2. Aku malu…..kenapa dia nk merayu kat perempuan tu…malu kot aku…macam tak reti nak jaga laki =(

3. Dan aku paling sedih sebab….dia terpaksa malukan diri dia merayu pada seorang perempuan lain…sedangkan aku ada kat sisi dia, Nampak sangat aku ni tak mampu dah nak bagi dia hepi hahahaha..(leh plak aku gelak ni)

Pada yang tak kenal tunang aku,kompom kome mesti akan suruh aku tinggal kan dia…ye betul aku memang nak tinggalkan dia untuk perempuan ni yang jauh lebih baik dari aku..Penipu aku cakap, aku tak sedih,tapi mana lagi sedih?:-

1. Hang tengok orang yang hang sayang cinta kan orang lain

2. Atau hang tengok kawan baik hang berkorban untuk menggembirakan hati hang?

Tak sanggup aku nak hadapi insiden kedua tu,sbb bagi aku tunang aku ni lebih dari seorang lover…he is my besfren ever…kot!!!

Aku sayang dia bukan takat sebagai seorang kekasih…sebab bila aku sayang dia macam tu, aku akan pentingkan perasaan aku lebih dari perasaan dia dan aku hanya akan amek berat tentang dia sepanjang kami bersama dan berloving2..tapi dia lebih dari itu. Dia kawan baik aku, even dia bukan untuk aku sekalipun, aku tetap akan ada untuk dia,unless dia xnak~hahahha..

AKU MINAH SEWEL

Kalau aku cerita semua yang buruk tentang dia,memanglah semua orang akan suruh aku tinggal kan dia..kat sini aku tak nak cerita tentang kebaikan dia,sbb banyak sgt =) (promote laki),tapi aku nak cerita kenapa aku setuju untuk tinggalkan dia even dia baik…

Aku adalah seorang mahluk sewel yang selalu cepat naik angin dan cepat putus asa…bak kata kawan aku yang sorang ni, “jagalah laki ko baik2, igt senang ker nak carik laki yang boleh tahan dengan hidup ko yang penuh kemerengan ini”

Dalam hati aku,”hehe,dia xtau jugak tunang aku ni pun banyak menduga kewarasan aku”

Maka, berbalik pada cerita kenapa aku sudi nak tinggal dia…hehe bila aku cakap macam ni,dia slalu marah aku,dan aku terfikir apalah yang ada dalam otak dia tentang keputusan aku?Aku Cuma mampu berkata-kata dalam hati “ aku buat ni,sbb aku syg kan hubungan kita,bukan sbb aku xsyg hang,aku sayangkan persahabatan kita dan aku harapkan kebahagian ko,bukan pengorbanan perasaan untuk pempuan mereng macam aku”

KAU CERMIN AKU

Nak citer tahap mereng aku yang melampau,aku ni dulu suka cakap dengan cermin,sebab:-

1. Aku tak ada kawan dekat rumah aku dan

2. Aku xtau nak cerita masalah aku kat sapa

Sebab, susah nak cari orang yang faham aku,dan mmpu nasihat aku…Dan seperti yang aku tulis kat atas ni, sejak wujudnya dia dalam hidup aku,aku dah xda tebiat cakap dengan cermin. Sebab dia selalu ada untuk aku cerita semua benda kat dia,even kadang2 dia boring tahap dewa tapi dia layan jugak aku…

Ada macam2 lagi benda yang berlaku dalam hidup aku ni menarik kerana dia,dan oleh sebab itu, aku tak pernah sekali pun teragak2 nak tinggalkan dia demi kebahagian dia..Sebab tu bila kerap kali terkantoi dia masih menjejaki ex dia, aku x teragak2 pun nak tolong dia carikkan…

Dalam jiwa aku ada dua perwatakan..

1. sebagai seorang sahabat…yang nakkan kebahagian kawan baiknya

2. sebagai seorang kekasih yang cemburu bila lover dia ada hati pada orang lain..

sebab tu ada masa aku mampu menangis dan ada masanya aku kuat untuk lepaskan dia… So kerchak…kalau ko baca ni, sebagai kaum adam,apa advice ko kat aku??

Takat tu jerlah luahan hatiku hari ni, nak sambung kemas baju nak balik esok =)

Wassalam…..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dhuha