Seketika Setelah 22tahun

Gambar hiasan : rumah salji bukit cerakah


Seketika aku mendongak ke langit melihat kebesaran Allah..keindahan langit yang biru…awannya yang putih bak salju…tiba-tiba hatiku berasa sayu…sunyi…terasa jauh dari segalanya…ada suara dari hati yang menjerit ingin bersuara…

Ya Allah…adakah masih cinta untuk ku??Ya Allah adakah masih jalan ku kembali?..Ya Allah masihkah aku berpeluang mencintaiMu??Hayat ku hamper sepurnama sudah 22tahun..satu tempoh yang lama..dan dalam tempoh itu juga pelbagai kisah dan dosa telah bergelumang..Ya Allah..adakah masih harapan untuk ku??Ya Allah..aku mohon kasih Mu…Cintailah aku supaya aku tidak kesunyian…cintailah aku agar aku tidak kesedihan..cintailah aku agar aku tidak menagih cinta dari hambamu yang lain…

Sukarkah memperolah kasih dariNya??atau sebenarnya aku yang tak pernah mengasihani Nya??Atau aku tidak pernah kasihkan diriku hingga tidak pernah menjenguk kasih dari Nya…Aku percaya masih ada sinar harapan…Cuma aku penentunya..Perasaan ini acap kali hadir dalam hidupku..dan dalam masa yang sama dugaan juga hadir bersamanya…Adakah aku mampu hadapi dugaan lagi kali ini??Aku penentunya…Sentiasa bersangka baik pada Allah…Semoga setiap urusan kita dipermudahkan atas izinNya..Amin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dhuha